FAKTA : 9 daripada 10 wanita mengenakan baju dalam yang tidak sesuai saiznya!!!






Hai semuaaa... tiba2 dlam jam 2 pagi ni, anis rasa mcm segar plakk... mata pun mcm xnak tido jer..
hehehee

So, tiba2 anis terfikir nak  buat entry mlm ni sal nak share ckit tentang
FAKTAAA ... wanita ni mengenakan baju dalam yang tidak sesuai saiznya....
olahhhh....sebab kadang2 anis tengok, ada jugak perempuan tak tahu nak pilih baju dalam yang sesuai untuk badan mereka...
Jgn tak tahu tau,,,, bahayaaa sgatt Kaum Wanitaaa.. Jgn fikir hal ni remehh!!!

Meh cni anis nak share ckit sal ni...
I know lah segelintir wanita merasa benda ni adalah rumit kerana ia bukan mudah seperti membeli tuala mandi. Kain cantik, sentuh kain, belek n terus beli.. Yelah kan... kan kan setiap orang mempunyai payudara bentuk dan saiz yang berbeza...

Tapi.... tapiii
yang lebih memeranjatkan anis lagi, kajian terhadap wanita di seluruh dunia mendapati 80 peratus daripada mereka tidak memahami kepentingan pakaian dalam, gaya dan saiz seduai untuk payudara. Tambahan pula, sembilan daripada sepuluh wanita mengenekan coli tidak sesuai saiz sendiri manakala 60 peratus tidak menepati kehendak dan keperluan badan serta payudara ketika memakai coli..

IShhhhhh..... teruknya....huhuu
Dan ramai juga perempuan menganggap bahawa 'cup D' lebih besar dari 'cup C' atau B'. Hurmm, memanglah tanggapan  ini adalah tidak benar. Dan realitinya saiz 'cup' bergantung pada ukur lilit coli.

Sebagai contoh yang anis boleh bagi jika k0rang pakai saiz 36D dan ingin menggunakan coli dengan ukur lilit yang lebih kecil, k0rang perlu miliki coli bersaiz 34E ( Turun 2 inci saiz ukur lilit, naik satu saiz 'cup' ).
Dan begitu juga sekiranya k0rang ingin mengecilkan saiz 'cup', k0rang hanya perlu menambah 2 inci saiz ukur lilit dan mengurangkan satu saiz 'cup'... Tapi sebelum itu, nak diingatkan tau,,,,, pastikan k0rang menukar ukur lilit atau saiz 'cup' k0rang hanya jika perlu kerana saiz c0li yang salah akan menyebabkan k0rang berasa kurang selesa sepanjang hari,

Hal ini amat penting kerana dengan mengetahui saiz ukur lilit coli dan 'cup' yang sesuai akan membantu postur korang tauuu... lebih2 lagi dapat membentuk kemas badan dan meningkatkan keyakinan diri anda!!! :)




Yeahhh!!! dah nak tidoo... ngantokkk... so K0rang, kena ingat tau... jgn pandang rendah sal ni ekk... kita perempuan ni kena jaga ckit tau penampilann... biar suami bertambah sayangg..

OOPPSS!!! tak kawen lagi... hahaha... byeee k0rangg


- ANIS HANISAH -




Comments

Popular posts from this blog

My coLLection piNk + reD... (^_^)