Sahur Pertama Di Bulan Ramadhan pada tahun 2015
Asslamualaikum semua.....
Dah sahur ek?!!! ape lauk ataupun hidangan korang utk sahur pertama ni?
Jom kite sharing is caring 😉
Haa, Untuk sahur pertama ni anis masak ayam masak kicap tau... hehehe
Siape kat sini yang tahu masak ayam masak kicap ni?!! Sila angkat tangan... 🙋🙋
hehehe
Senang jer masak ayam masak kicap ni.. cni Anis nak share resepi Anis 😘
Ayam Masak Kicap 😍
Bahan A
1/2 ekor ayam dipotong ikut suka.
1/2 cawan kicap cair
Garam dan kunyit
Bahan B
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
Bahan C
1 biji bawang besar di hiris
(Jangan nipis sangat.
2 biji cili hijau atau cili merah
Daun bawang dan daun sup di hiris.
Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya
1-potong ayam dan bersih kan.gaul dengan garam dan kuyit dan goreng.tak perlu sampai garing.angkat dan masuk kan ayam kedalam bekas berisi kicap tu.kemudian ketepikan..
2-tumbuk sampai lumat semua bahan B..panas kan 3 sudu besar minyak kemudian tumis bahan B hingga garing..
3-masuk kan ayam goreng yang dah di campur dengan kicap tadi.perlahan kan api dan bubuh sikit air supaya tak hangus.jangan boh banyak2..tak nak cair sangat.
4- Bila dah mendidih sikit masuk kan bahan C.kacau2 sikit.sekarang dah siap..tak payah masuk kan garam.sebab ayam tu dah ada garam.
Selamat mencuba..
Sekian dari Anis 😘😍
Comments
Post a Comment