Followers

Sahur Pertama Di Bulan Ramadhan pada tahun 2015

Asslamualaikum semua.....


Dah sahur ek?!!! ape lauk ataupun hidangan korang utk sahur pertama ni?
Jom kite sharing is caring 😉

Haa, Untuk sahur pertama ni anis masak ayam masak kicap tau... hehehe
Siape kat sini yang tahu masak ayam masak kicap ni?!! Sila angkat tangan... 🙋🙋
hehehe

Senang jer masak ayam masak kicap ni.. cni Anis nak share resepi Anis 😘





                                                       Ayam Masak Kicap 😍


Bahan A
1/2 ekor ayam dipotong ikut suka.
1/2 cawan kicap cair
Garam dan kunyit

Bahan B
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih

Bahan C
1 biji bawang besar di hiris
(Jangan nipis sangat.
2 biji cili hijau atau cili merah
Daun bawang dan daun sup di hiris.

Minyak untuk menggoreng


Cara-caranya

1-potong ayam dan bersih kan.gaul dengan garam dan kuyit dan goreng.tak perlu sampai garing.angkat dan masuk kan ayam kedalam bekas berisi kicap tu.kemudian ketepikan..

2-tumbuk sampai lumat  semua bahan B..panas kan 3 sudu besar minyak kemudian tumis bahan B hingga garing..

3-masuk kan ayam goreng yang dah di campur dengan kicap tadi.perlahan kan api dan bubuh sikit air supaya tak hangus.jangan boh banyak2..tak nak cair sangat.

4- Bila dah mendidih sikit masuk kan bahan C.kacau2 sikit.sekarang  dah siap..tak payah masuk kan garam.sebab ayam tu dah ada garam.

Selamat mencuba..

Sekian dari Anis 😘😍

FAKTA : 9 daripada 10 wanita mengenakan baju dalam yang tidak sesuai saiznya!!!






Hai semuaaa... tiba2 dlam jam 2 pagi ni, anis rasa mcm segar plakk... mata pun mcm xnak tido jer..
hehehee

So, tiba2 anis terfikir nak  buat entry mlm ni sal nak share ckit tentang
FAKTAAA ... wanita ni mengenakan baju dalam yang tidak sesuai saiznya....
olahhhh....sebab kadang2 anis tengok, ada jugak perempuan tak tahu nak pilih baju dalam yang sesuai untuk badan mereka...
Jgn tak tahu tau,,,, bahayaaa sgatt Kaum Wanitaaa.. Jgn fikir hal ni remehh!!!

Meh cni anis nak share ckit sal ni...
I know lah segelintir wanita merasa benda ni adalah rumit kerana ia bukan mudah seperti membeli tuala mandi. Kain cantik, sentuh kain, belek n terus beli.. Yelah kan... kan kan setiap orang mempunyai payudara bentuk dan saiz yang berbeza...

Tapi.... tapiii
yang lebih memeranjatkan anis lagi, kajian terhadap wanita di seluruh dunia mendapati 80 peratus daripada mereka tidak memahami kepentingan pakaian dalam, gaya dan saiz seduai untuk payudara. Tambahan pula, sembilan daripada sepuluh wanita mengenekan coli tidak sesuai saiz sendiri manakala 60 peratus tidak menepati kehendak dan keperluan badan serta payudara ketika memakai coli..

IShhhhhh..... teruknya....huhuu
Dan ramai juga perempuan menganggap bahawa 'cup D' lebih besar dari 'cup C' atau B'. Hurmm, memanglah tanggapan  ini adalah tidak benar. Dan realitinya saiz 'cup' bergantung pada ukur lilit coli.

Sebagai contoh yang anis boleh bagi jika k0rang pakai saiz 36D dan ingin menggunakan coli dengan ukur lilit yang lebih kecil, k0rang perlu miliki coli bersaiz 34E ( Turun 2 inci saiz ukur lilit, naik satu saiz 'cup' ).
Dan begitu juga sekiranya k0rang ingin mengecilkan saiz 'cup', k0rang hanya perlu menambah 2 inci saiz ukur lilit dan mengurangkan satu saiz 'cup'... Tapi sebelum itu, nak diingatkan tau,,,,, pastikan k0rang menukar ukur lilit atau saiz 'cup' k0rang hanya jika perlu kerana saiz c0li yang salah akan menyebabkan k0rang berasa kurang selesa sepanjang hari,

Hal ini amat penting kerana dengan mengetahui saiz ukur lilit coli dan 'cup' yang sesuai akan membantu postur korang tauuu... lebih2 lagi dapat membentuk kemas badan dan meningkatkan keyakinan diri anda!!! :)




Yeahhh!!! dah nak tidoo... ngantokkk... so K0rang, kena ingat tau... jgn pandang rendah sal ni ekk... kita perempuan ni kena jaga ckit tau penampilann... biar suami bertambah sayangg..

OOPPSS!!! tak kawen lagi... hahaha... byeee k0rangg


- ANIS HANISAH -




CARA HILANGKAN PERUT BUNCIT



Hii u 0llsss!!!


Hari ni ANIS nak share ckitlah mengenai Cara Nak Hilangkan Perut Buncit ... Korang mesti rasa malukan kalau perut korang buncit?!! Yeahh... So, memang dlam Entry ni ANIS nak bgtau korang yang Perut buncit bukan sahaja membuatkan penampilan seseorang itu jadi kurang menarik tau, bahkan adakalanya mendorong perasaaan rendah diri kepada sesetengah individu.

SO... untuk mengelakkan daripada perut terus buncit, di sini nak kongsilah beberapa panduan untuk mengempiskan perut atau menghilangkan perut buncit untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang sepatutnya.



FIRST THING!!!



MINUM AIR



Jika anda merasakan perut kembung, cuba atasinya dengan minum lebih banyak air. Ini kerana ia dapat membantu mencairkan sodium dalam tubuh dan meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem badan. Tambahan pula, ia juga boleh mengeluarkan toksik yang terkandung dalam tubuh.









MAKAN DENGAN TERTIB


  • Haa, ni lagi satu sebab kenapa ramai yang mengalami perut buncit. Hal ini banyak disebabkan makan dengan cepat dan terburu-buru kan?!! KOrang tau tak ini boleh menyebabkan udara di dalam usus menjadi tersekat-sekat sehingga mampu membentuk gas yang menjadi punca perut kembung, Justeru, ubahlah cara makan dan setiap kali menikmati hidangan, cuba makan dengan perlahan dan kunyah dengan sempurna.






KURANGKAN GARAM


Terlalu banyak garam dalam diet atau makanan yang diambil akan menambahkan jumlah sodium di dalam cairan tubuh yang akan melambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. So, akibatnya perut akan terasa sakit, penuh dan buncit.




HINDARI SEMBELIT


  • Sembelit juga boleh menyebabkan perut buncit menjadi buncit dan membesar dari saiz yang sepatutnya, Untuk menghindari sembelit, makanan perlu mengandungi serat termasuk dari buah-buahan dan sayur-sayuran.




PILIH SERAT YANG SESUAI


Seperti yang u 0lls tau, Serat adalah elemen penting dlam diet. Tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan perut menjadi buncit atau boroi, cuba makan serat dari jenis buah-buahan yang banyak air seperti epal dan buah lai (pear).





SENAMAN


Aktiviti senaman akan membantu menggerakkan cairan dalam perut keluar melalui jaringan sistem dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia dikeluarkan melalui peluh dan disalurkan ke hempedu untuk dikeluarkan sebaagai air kencing (urine). Senaman yang disarankan ialah berjogging dan aerobik.





JADI, dengan adanya cara2 mengatasi perut buncit nim.. bolehlah u olls SAY BYE BYE PERUT BUNCIT :D

Yeahhhuuu!!! tu jelah ANIS nak kongsi utk hari ni ekk... Sampai jumpa esk u olllsss ;)









My coLLection piNk + reD... (^_^)





Hari ini saya ingin menceritakan mengenai hobi saya....hehe....seperti apa yang saya tuliskan di atas, saya sangat suka mengumpul barangan yg berwarna merah or pink...coz bg saya, sangat sweet tau...bagi saya, perempuan mana yg x suka warna pink kn?..hee...Erm..kalau saya, pergi jer ke kedai...kalau tgk barang apa jer yg berwarna pink or merah..saya terus melihat sampai saya puas tengok...kalau x, sampai balik rumah, asyik2 ingt jer benda tu....Hehe...


So, nak tunjuk lah ni...salah satu gambar  koleksi  barang2 ( pink + red ) kepunyaan saya... ^_^






Gambar di atas ni dari sudut jauh, kat bawah ni, dari sudut dekat..... :)
Walaupun barang2 saya ni tidaklah berjenama..tapi saya suka akan mengumpulnya...~~









Erm...ni x habis lagi tau barang2 saya yang berwarna pink @ merah....ini saya baru tunjukkan untuk barang2 elektronik saya dan jugak barang2 yang selalu saya bawa keluar...nak lebih lagi, lain hari saya akan tunjukkan lagi ea...sabar tau...hehe... ^_^

For u all information, saya juga suka menyimpan dan mengumpul barangan elektronik tau..hehe...seperti :


  • laptop
  • external ( hard disk )
  • handphone
  • mp4
  • speaker 4 my Laptop and my phone@mp4
  • earphone

( Dan kebanyakan daripada barangan elektronik saya ini, adalah berwarna pink dan jugak merah....i love it so much....hehe )

Orite, sampai di sini sahaja dulu tau....tggu...ada sambungan dia lagi....wait and see.... (~_^)